Kekecohan Membabitkan Sekumpulan Penjaja Dengan Anggota Penguatkuasa MDS Adalah Video Lama

TULAR:
368

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Polis mengesahkan rakaman video kekecohan membabitkan sekumpulan penjaja dengan anggota penguatkuasa Majlis Daerah Semporna (MDS) yang tular adalah kes lama.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku semasa anggota penguatkuasa terbabit menjalankan tugas di Lorong Chan Chuan Kee, kira-kira jam 9.45 pagi, pada 23 Mac tahun lalu.

Terdahulu, tular di media sosial Instagram video kejadian kekecohan yang tercetus antara anggota penguatkuasa MDS dengan sekumpulan penjaja.

Rakaman berdurasi satu minit dan sebelas saat itu memaparkan sebilangan peniaga yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil anggota penguatkuasa yang menjalankan tugas mereka.

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI