Kelewatan Rancangan Tebatan Banjir Punca Banjir Kedah?

TULAR:
1220

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa kelewatan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit adalah punca negeri Kedah dilanda banjir.

Sumber gambar: Youtube.

SEBENARNYA :

Kerajaan negeri Kedah menafikan dakwaan bahawa projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit lewat dijalankan sehingga mengakibatkan negeri Kedah dilanda banjir.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata berdasarkan laporan diterima Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kaji Cuaca, hujan yang luar biasa menjadi punca keadaan banjir di Kedah.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI