Kereta Kabel Sky Way Genting Highlands Putus?

TULAR:
2673

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat insiden wayar kereta kabel di Genting Highlands putus dan mungkin ada yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Sumber : Facebook


SEBENARNYA :

Pihak polis pada 24 Disember 2016, mengesahkan tiada sebarang kejadian tali kereta kabel Sky Way Genting terputus di Genting Highlands dan mengorbankan ramai orang seperti yang tersebar di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, tiada sebarang kejadian berkenaan berlaku di pusat peranginan itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Morni Mamat turut mengesahkan pihaknya tidak menerima laporan seperti yang diviralkan di laman sosial itu. Menurutnya, “gambar yang diviralkan itu adalah gambar yang lama dan bukan kejadian baru.”

SUMBER :

Utusan Online
The Star
New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI