Kes COVID-19 Di Klinik Kesihatan Seremban 2 Adalah Palsu

TULAR:
1841

SEBENARNYA:

Menurut Pegawai Kesihatan Seremban, Dr Khalili :

Dimaklumkan bahawa kes-kes yang ada kontek dengan kes yang disahkan COVID-19 memang akan diarahkan datang ke klinik kesihatan tertentu untuk ambil sampel seperti di Klinik Kesihatan Seremban 2 (KKS2). Mereka ini adalah individu yang masih sihat dan tiada lagi simptom. Sistem yang digunakan adalah ‘drive thru’ di mana mereka tidak bercampur dengan pesakit-pesakit lain yang datang ke klinik. Pihak klinik juga telah memastikan langkah-langkah kawalan jangkitan yang ketat dipatuhi semasa pengambilan sampel. Risiko kepada pesakit lain di klinik kesihatan adalah sifar.

SUMBER:

Facebook Rasmi Klinik Kesihatan Seremban 2

Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI