Kos Tunai Haji Bakal Meningkat Disebabkan Pengenalan VAT Oleh Kerajaan Arab Saudi?

TULAR:
668

PENJELASAN :

Lembaga Tabung Haji (TH) memperjelaskan dakwaan bahawa pengenalan cukai VAT oleh negara Arab Saudi bakal menyebabkan kos menunaikan haji meningkat.

Sumber gambar: Facebook.

LTH mengesahkan perlaksanaan Nilai Cukai Tambah (VAT) pada kadar lima peratus yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi tidak memberi impak kepada jemaah haji muassasah kali pertama.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, pihaknya sedia maklum dan telah mengambil kira faktor cukai nilai tambah tersebut dalam pengiraan kos operasi musim haji bagi 2018.

“Perlaksanaan VAT tidak memberi impak secara langsung kepada jemaah haji muassasah kali pertama kerana bayaran haji kekal RM9,980.”

SUMBER :

Utusan Malaysia

Sinar Harian

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI