Keropok Udang Guna Logo Halal Palsu?

TULAR:
1806

PENJELASAN:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan laporan bahawa terdapat produk keropok udang yang menggunapakai logo halal yang palsu, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut KPDNKK Perak, mereka telah menyerbu sebuah kilang pembungkusan keropok di Gopeng kerana menggunakan logo halal palsu.

Serbuan itu dilakukan empat pegawai penguat kuasa KPDNKK negeri yang turut dibantu tiga pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hasil maklumat orang awam dan risikan KPDNKK selama seminggu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil, berkata hasil pemeriksaan terhadap premis berkenaan mendapati syarikat terbabit menjalankan perniagaan menggoreng dan membungkus keropok udang yang mempamerkan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Kemajuan (JAKIM) pada pembungkus keropok berkenaan.

“Pemeriksaan pada bungkusan keropok berkenaan mendapati logo halal yang dipamerkan pada pembungkus keropok menggunakan penandaan tulisan rumi dan jawi. Bagaimanapun, pengesahan awal oleh pegawai JAIPk menyatakan syarikat berkenaan tidak pernah membuat permohonan sijil halal terhadap pembungkusan keropok berkenaan.”

 

SUMBER:

Berita Harian

Kosmo

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI