BTN Mengeluarkan Poster Berkenaan Pemberian Dana Kepada Kumpulan Media Sosial?

TULAR:
537

PALSU:

Tular di media sosial sebuah poster yang didakwa dikeluarkan oleh pihak Biro Tatanegara (BTN) berkenaan pemberian dana kepada kumpulan media sosial.

Sumber gambar : Whatsapp

SEBENARNYA:

Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri menafikan poster ini dikeluarkan oleh pihak BTN. Mohon orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu ini di sosial media.

SUMBER:

Facebook Biro Tatanegara


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI