Kementerian Pendidikan Tinggi Bayar Badan Penarafan Bagi Menaikkan Ranking Universiti Di Malaysia?

TULAR:
772

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononya Kementerian Pendidikan Tinggi menafikan ‘membayar’ badan penarafan antarabangsa, Universitas 21 (U21) bagi mengatur kedudukan universiti negara di ranking ke-25 dunia.

Sumber gambar :Facebook

SEBENARNYA :

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menafikan membayar badan penarafan antarabangsa bagi mengatur kedudukan universiti negara di kedudukan ke 25 dunia. “Jika sedemikian rupa, bagaimana pula dengan kedudukan dan pencapaian yang diperoleh 10 universiti terbaik di dunia? Apakah kejayaan itu juga dibayar oleh Universiti Cambridge atau universiti-universiti lain yang disenaraikan?”

“Peningkatan 11 anak tangga itu membuktikan kerajaan amat komited dalam membangunkan pendidikan tinggi dan pencapaian kita mengejutkan banyak pihak tetapi tidak disenangi oleh segelintir mereka yang sentiasa memandang negatif.”

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI