KWSP Lantik Pihak Ketiga Bagi Menguruskan Permohonan Pengeluaran Simpanan Ahli KWSP?

TULAR:
272

WASPADA:

Orang ramai khususnya ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinasihatkan supaya tidak menggunakan perkhidmatan pengeluaran simpanan KWSP yang ditawarkan oleh pihak ketiga seperti yang diiklankan di beberapa laman web.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi KWSP:

KWSP ingin menjelaskan KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan permohonan pengeluaran ahli.
Ahli yang layak serta ingin membuat permohonan pengeluaran daripada akaun KWSP mereka dinasihati agar berurusan terus dengan KWSP yang menawarkan perkhidmatan secara percuma. KWSP juga ingin mengingatkan ahli, terutama mereka yang terdesak memerlukan wang, agar berhati-hati terhadap sindiket yang kononnya menawarkan bantuan untuk mengeluarkan simpanan KWSP dengan dikenakan bayaran yang tinggi. Ahli juga boleh dikenakan tindakan undang-undang jika cuba mengeluarkan simpanan secara tidak sah.
SUMBER:

MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI