Mahkamah Tinggi Jalan Duta Terbakar?

TULAR:
1351

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur telah terbakar.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, kawasan hutan dan belukar seluas hampir dua hektar di Jalan Kuching berhampiran susur ke Bulatan Segambut, Kuala Lumpur, terbakar malam tadi.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.56 malam dan seramai 32 anggota dari pelbagai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, kami mendapati api sedang marak dan merebak menghampiri bangunan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Kami mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengawal kebakaran sepenuhnya. Punca kebakaran masih disiasat.”

SUMBER :

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI