Rampasan Kapal Mewah, Equanimity Akan Dibuka Kepada Tontonan Awam?

TULAR:
398

PENJELASAN :

Perdana Menteri memperjelaskan laporan bahawa rampasan kapal mewah, Equanimity akan dibuka kepada tontonan awam sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kapal mewah Equanimity tidak akan dibuka kepada tontonan awam untuk mengelakkan sebarang kerosakan.

Perdana Menteri menjelaskan, sebarang kecacatan ke atas kapal itu akan menjejaskan harganya apabila dijual nanti.

“Kapal ini sangat mewah dan kita tidak mahu menjejaskan nilainya kerana kita mahu menjualnya.”

SUMBER : 
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI