Makluman: Cuaca Panas Dan Kering Pada Penghujung Monsun Timur Laut

TULAR:
98

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):

Negara kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac 2025. Dalam tempoh ini, litupan awan dan taburan hujan akan berkurangan di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan. Ketiadaan hujan dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

Situasi cuaca panas dan kering yang dialami pada ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku setiap tahun bermula pada bulan Februari hingga Mei. Dalam tempoh ini, catatan suhu harian tertinggi boleh melebihi 35°C pada awal petang. Bacaan suhu tertinggi yang dicatat di stesen-stesen Meteorologi MET Malaysia seluruh negara pada 11 Februari 2025 adalah 36.1°C, yang direkod di FELDA Teloi Kanan, Baling, Kedah. Selain itu, gelombang haba dan jerebu setempat juga berpotensi berlaku dalam tempoh ini. Namun begitu, keadaan ini diramal tidak seteruk tahun 2024 disebabkan pengaruh La Nina lemah yang sedang berlaku sekarang yang dijangka akan berterusan sehingga pertengahan tahun ini.

Dalam keadaan cuaca panas dan kering, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air serta mengelakkan sebarang pembakaran terbuka. Orang ramai juga dipohon untuk mengehadkan tempoh berada di kawasan terbuka bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET

Instagram Rasmi MET

X Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI