
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):
JPN tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran kepada mana-mana individu, syarikat, atau organisasi untuk menggunakan logo rasmi jabatan tanpa kelulusan bertulis. Sebarang penggunaan logo tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam.
Selain itu, JPN tidak terlibat dalam sebarang bentuk barang dagangan, termasuk promosi atau penjualan produk seperti pakaian, aksesori, atau barangan lain di media sosial. Sebarang penggunaan nama, logo, atau imej jabatan bagi tujuan komersial tanpa kebenaran rasmi adalah tidak sah.
JPN juga tidak bertanggungjawab atas sebarang risiko penipuan, salah guna, atau kerugian yang berpunca daripada penggunaan logo jabatan secara tidak sah oleh mana-mana pihak yang tidak berkaitan. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih.
SUMBER:
Facebook Rasmi JPN