
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak pada 17 sehingga 19 Februari 2025. Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut.
MET Malaysia turut menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C di kebanyakan tempat di utara Semenanjung sepanjang tempoh ramalan 7 hari ke hadapan.
SUMBER:
Facebook Rasmi MET
X Rasmi MET
Instagram Rasmi MET