Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Wakil Dari NACSA dan Meminta Maklumat Peribadi Melalui Aplikasi WhatsApp

TULAR:
179

Menurut kenyataan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA):

NACSA memaklumkan bahawa terdapat taktik penipuan yang sedang berleluasa di mana individu tidak bertanggungjawab menggunakan aplikasi WhatsApp untuk memperdaya orang awam. Individu tersebut akan menyamarkan diri sebagai wakil dari agensi untuk mendapatkan maklumat peribadi dan kewangan anda.

NACSA tidak akan berkomunikasi dengan orang awam melalui aplikasi WhatsApp dan tidak akan menghantar sebarang pesanan melalui aplikasi tersebut.

Untuk makluman, saluran komunikasi rasmi NACSA hanya melalui e-mel @nacsa.gov.my atau @mkn.gov.my sahaja.

Tindakan yang perlu diambil:

  • Jangan klik sebarang pautan mencurigakan yang diterima melalui WhatsApp.
  • Jangan dedahkan maklumat peribadi, maklumat akaun bank, atau maklumat sensitif lain kepada pihak yang tidak dikenali.
  • Laporkan sebarang mesej atau panggilan yang meragukan kepada pihak NACSA melalui e-mel rasmi di [email protected] untuk pengesahan.

SUMBER:

Facebook Rasmi NACSA

X Rasmi NACSA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI