
Menurut CyberSecurity Malaysia (CSM):
CSM melalui perkhidmatan Cyber999 telah mengesan ancaman siber baharu, ‘SparkCat’, yang dikenal pasti oleh Kaspersky. Malware ini menyusup ke Google Play Store dan Apple App Store, berisiko mencuri maklumat sensitif pengguna di Malaysia menggunakan teknologi Optical Character Recognition (OCR) untuk mencuri maklumat sensitif pengguna.
- Impak Ancaman
SparkCat berupaya mengatasi langkah keselamatan aplikasi, meningkatkan risiko pencerobohan data, penipuan kewangan, dan akses tanpa kebenaran ke akaun pengguna.
- Sistem Terjejas
Android dan iOS
- Tanda-Tanda Jangkitan
Rujuk di http://www.mycert.org.my

- Langkah Perlindungan
- Nyahpasang segera aplikasi yang disyaki mengandungi SparkCat bagi mengelakkan kecurian data.
- Hadkan kebenaran aplikasi, terutama akses kepada kamera, storan, dan papan klip.
- Pasang perisian keselamatan mudah alih untuk mengesan serta menyekat aplikasi berniat jahat.
- Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA) bagi akaun sensitif dan kewangan.
- Pantau akaun kewangan dan kripto secara berkala serta laporkan transaksi mencurigakan.
- Kemas kini sistem operasi dan aplikasi secara berkala untuk perlindungan terkini.
- Elakkan memuat turun aplikasi dari sumber tidak rasmi dan sentiasa berwaspada dengan aplikasi di dalam Google Play atau Apple App Store.
- Lakukan sandaran data penting secara berkala menggunakan servis awan (cloud services) atau kaedah luar talian yang selamat.