Makluman: Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 9 Oktober 2026 dan berterusan sehingga penghujung Oktober 2026

TULAR:
8

Menurut kenytaan Malaysian Meteorological Department (MET):

Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 9 Oktober 2026 dan berterusan sehingga penghujung Oktober 2026. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya musim Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 14 Mei 2026.

Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah. Keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat dan kilat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak. Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Dengan berakhirnya musim Monsun Barat Daya ini, kesan jerebu rentas sempadan daripada negara jiran dijangka akan beransur-ansur berkurangan berikutan berlaku perubahan arah pergerakan angin.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan. Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI