Mi Dan Bihun Jenama PAMA dan MAMA Bukan Pemegang Sijil Halal Malaysia?

TULAR:
29796

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya mi dan bihun segera jenama MAMA dan PAMA di pasaran Malaysia tidak berstatus halal.

Versi Terkini. Tular: Oktober 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2014

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Pihak JAKIM memaklumkan Mi atau Bihun Segera Jenama PAMA & MAMA yang berada di pasaran Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Selain itu, produk tersebut turut memiliki Sijil Pengesahan Halal dari The Central Islamic Council of Thailand (CICOT) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI). Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Thailand dan Indonesia.

SUMBER:

Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI