Janin Ditemui Dalam Tandas Stesen Minyak di Machang?

TULAR:
1124

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan penemuan janin di dalam tandas sebuah stesen minyak di pekan Machang, Kelantan.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Penemuan objek dikatakan ‘janin’ di dalam tandas sebuah stesen minyak di Machang yang tular di laman sosial Facebook disahkan bukan janin sebaliknya tumpahan darah haid.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani ketika dihubungi mengesahkan kejadian, berkata siasatan mendapati ketulan itu akibat tumpahan darah wanita tidak dikenali yang menggunakan tandas berkenaan.

SUMBER :

Harian Metro

Sinar Harian

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI