Panggilan Telefon Dari IPD Putrajaya Minta Memasukkan Wang Bagi Jelaskan Saman?

TULAR:
825

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan telefon yang kononnya dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang meminta memasukkan sejumlah wang bagi menyelesaikan saman atau kes lain.

Sumber gambar: Sinar Harian.

 

Polis meminta orang ramai yang menerima panggilan kononnya dari ‘Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya’ dan diminta memasukkan sejumlah wang bagi menyelesaikan saman atau kes lain supaya lebih berwaspada bagi mengelakkan menjadi mangsa sindiket.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, kes penipuan menggunakan nama IPD Putrajaya sudah banyak kali dilaporkan di media massa.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan panggilan palsu kononnya dari pihak polis yang mengatakan mereka ada melakukan kesalahan trafik atau terbabit kes langgar lari dan perlu memasukkan sejumlah wang ke akaun bank tertentu.

SUMBER :

Facebook IPD Putrajaya

Sinar Harian (1)

Utusan Malaysia

Sinar Harian (2)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI