Minuman ‘Fanta Apple’ Mengandungi Lemak Babi?

TULAR:
7459

PALSU :

Kembali tular di media sosial berkenaan dakwaan minuman jenama Fanta yang terbaru iaitu ‘Fanta Apple’ mengandungi lemak babi.

Sumber gambar : Facebook


SEBENARNYA :

JAKIM, melalui laman Facebook rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM menegaskan bahawa minuman jenama Fanta merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah sehingga kini.

Untuk makluman, jawapan kepada isu ini pernah dijawab oleh Bahagian Hab Halal JAKIM pada 12 Oktober 2016 dan 28 Disember 2015.

SUMBER:

Facebook rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI