Anggota Daesh Menyamar Sebagai Pegawai Tentera?

TULAR:
564

PENJELASAN:

Angkatan Tentera Darat (ATM) memperjelaskan laporan terhadap dua orang awam yang menyamar sebagai anggota tentera dan menceroboh Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 1 Jun 2017.

Gambar hiasan. Sumber gambar : REX USA

Siasatan Tentera Darat terhadap dua orang awam yang menyamar sebagai anggota tentera dan menceroboh Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur tiada kaitan dengan ahli kumpulan militan Daesh.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim, berkata kes itu sudah diserahkan kepada polis dan pihaknya turut menyiasat tujuan dua lelaki berkenaan menceroboh masuk ke dalam kem terbabit dan menyamar sebagai anggota tentera.

Katanya, setakat ini pihaknya mendapati dua lelaki berkenaan tidak ada kaitan dengan kumpulan militan terbabit.

 

SUMBER:

Bernama

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI