Minyak Masak Kitar Semula Jenama Buah Sawit Berstatus Halal?

TULAR:
10486

PENJELASAN:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperjelaskan dakwaan kononnya minyak masak jenama Buah Sawit diproses daripada minyak kitar semula yang diambil dari kedai makan Cina, mempunyai logo halal sepertimana yang tular di media sosial.

Versi Terkini. Tular: September 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Mei 2017

Sumber gambar: Facebook

Menurut pihak JAKIM, pihaknya tidak pernah memberi Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk minyak masak yang dikitar semula. Minyak masak jenama Buah Sawit keluaran Syarikat Jaburan Sdn Bhd tersebut pernah diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan (2011) pada tahun 2016 kerana menggunakan Logo Hala tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Sehingga kini produk tersebut juga masih belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

SUMBER:

Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI