Sistem Perparitan Punca Banjir Kilat Di Langkawi?

TULAR:
1025

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kegagalan sistem perparitan menjadi punca utama banjir kilat yang melanda Pulau Langkawi.

Sumber gambar: MyNewsHub.

SEBENARNYA :

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menafikan kegagalan sistem perparitan menjadi punca utama banjir kilat di Pulau Langkawi.

Menurutnya, faktor air pasang besar dan taburan hujan yang luar biasa menyebabkan berlaku banjir kilat di beberapa daerah seperti Langkawi, Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang, Kuala Muda dan Pokok Sena.

“Banjir ini berlaku bukan sebab kegagalan sistem perparitan tetapi sebab keadaan air pasang yang mana kita tidak boleh kawal. Tambahan pula, Langkawi adalah sebuah pulau yang memang dikelilingi air laut, jadi banjir memang boleh berlaku.”

SUMBER :

Bernama

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI