Negeri Johor Bakal Berdepan Dengan Lambakan Buah-Buahan Yang Tidak Terjual?

TULAR:
724

PENJELASAN :

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperjelaskan dakwaan bahawa bakal berlaku lambakan buah-buahan bermusim terumatamanya buah durian di negeri Johor yang tidak terjual  sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor, Alwi Anang pengusaha durian di negeri Johor tidak perlu bimbang mengenai lambakan buah terbabit berikutan pelbagai usaha promosi sedang dilaksanakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Ujarnya, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pertanian sudah membuat persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan itu.

“Pengusaha durian di negeri ini tidak perlu bimbang kerana lambakan buah tidak berlaku meskipun terdapat peningkatan pengeluaran 40 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kita sudah mengadakan persiapan awal menghadapinya (lambakan) dengan mengadakan pelbagai promosi jualan buah-buahan terbabit di seluruh negeri ini.”

SUMBER : 

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI