Paras Air Empangan Timah Tasoh Di Tahap Kritikal ?

TULAR:
944

PENJELASAN  :

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis memperjelaskan dakwaan segelintir pihak tentang pelepasan air di pintu empangan Timah Tasoh kerana paras air di tahap kritikal serta akan menyebabkan kejadian banjir besar di beberapa kawasan berdekatan.

Sumber gambar : Astro Awani

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Mohamad Nor Hafiz Noor Azmi menjelaskan paras air di empangan itu berada pada paras berjaga-jaga iaitu 29.32 meter berbanding paras kritikal 29.60 meter.

“Memang kita melakukan pelepasan air di dua daripada enam pintu air empangan sejak 1 November lepas. Ia dibuat secara terkawal bagi mengelakkan air meningkat lebih tinggi berikutan kedatangan hujan yang kerap. Taburan hujan yang turun di Perlis juga didapati masih terkawal iaitu mencatatkan bacaan kira-kira tujuh milimeter (terendah pada 4 November) hingga 94 milimeter (tertinggi pada 6 November),” kata beliau.

Sehubungan itu beliau meminta agar penduduk tidak panik kerana langkah melepaskan air (secara terkawal) sebaliknya bertujuan bagi mengelakkan banjir besar seperti yang pernah berlaku pada penghujung tahun 2010.

SUMBER :

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI