Pau Yik Mun Di Tanjung Malim Berstatus Tidak Halal?

TULAR:
38646
Sumber gambar: hungrygowhere.com

PENJELASAN:

Bahagian Hab Halal, JAKIM memperjelaskan lebih lanjut berkenaan status halal Pau Yik Mun di Tanjung Malim, Perak.

Sumber gambar: WhatsApp

Menurut Bahagian Hab Halal, JAKIM:
Syarikat Yik Mun mempunyai dua perniagaan di Tanjung Malim iaitu premis membuat produk dan premis makanan. Kedua-dua premis ini terletak di lokasi yang berbeza.

Perlu diketahui, Sijil Pengesahan Halal Malaysia hanya diberi kepada premis yang membuat produk sahaja iaitu pau Yik Mun. Walau bagaimanapun, premis makanan Yik Mun belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal, JAKIM

Portal Rasmi Halal Malaysia JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI