Cuti Umum Pada 31 Januari 2019 Bersempena Pertabalan Yang DiPertuan Agong?

TULAR:
46907
Sumber gambar: yadim.com.my

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya 31 Januari 2019 telah diisytihar sebagai cuti umum bersempena dengan pertabalan Yang DiPertuan Agong.

Sumber Gambar : WhatsApp

SEBENARNYA:

Merujuk kepada maklumat yang diberikan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dimaklumkan bahawa tarikh 31 Januari 2019 adalah tarikh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-252 (Khas) Istiadat Melafaz & Menandatangani Surat Sumpah Jawatan.

Dimaklumkan bahawa tiada cuti diwartakan untuk Tarikh tersebut kerana hanya mesyuarat dan bukan Hari pertabalan Yang DiPertuan Agong akan diadakan .

SUMBER:

Facebook Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC)

UTUSAN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI