Pelajar UiTM Lendu, Melaka Disahkan Positif COVID-19 Adalah Palsu

TULAR:
1199

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Melaka:

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka ingin merujuk kepada satu berita tular yang telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp berkenaan satu kes positif penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Alor Gajah Melaka.

Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah TIDAK BENAR. Setakat 6 Mac 2020, tiada kes positif COVID-19 yang dilaporkan di negeri Melaka. Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sentiasa memastikan semua langkah kawalan dan pencegahan penyakit mematuhi prosedur tetap operasi yang telah digariskan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI