Pelanggan Dikenakan Bayaran RM100 Untuk Dua Pinggan Nasi Campur?

TULAR:
385
Sumber gambar : KPDNKK

PENJELASAN :

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang  memperjelaskan laporan bahawa terdapat kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial, tidak melakukan kesalahan.

Pengarahnya Sharuddin Jali berkata siasatan terhadap pemilik kedai makan itu mendapati harga yang dikenakan adalah berpatutan dan harga udang galah mengikut gred juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.

SUMBER :

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI