Janin Manusia Dijumpai Di Belakang Kedai Sukan Di Tawau ?

TULAR:
617

PENJELASAN :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa orang awam telah menemui janin manusia di atas lantai di belakang sebuah kedai sukan Fajar sepertimana yang hangat diperkatan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut PDRM, janin yang ditemui oleh orang awam di atas lantai di belakang sebuah kedai sukan Fajar adalah berupa janin anjing dan bukan janin manusia.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata perkara tersebut disahkan hasil bedah siasat pakar perunding forensik Hospital Tawau.

SUMBER : 

Polis Diraja Malaysia

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI