Lima Pasar Raya Giant Ditutup Kerana Keadaan Ekonomi Negara?

TULAR:
2818

PENJELASAN :

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan dakwaan bahawa lima cawangan pasar raya Giant akan ditutup bermula 5 November 2017 kerana ada kaitan dengan keadaan ekonomi negara sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri KPDNKK, penutupan lima cawangan pasar raya Giant tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan dibuat pemilik pasar raya tersebut, GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. berikutan masalah sewaan premis selain sebahagian daripada strategi perniagaan mereka untuk mengecilkan saiz cawangan terbabit.

 

SUMBER :

Utusan Malaysia

Berita Harian

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI