Pembalakan Hutan Di Bukit Baginda, Kuala Pilah?

TULAR:
540

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya akan berlaku kerja pembalakan hutan di Bukit Baginda di Serting, Kuala Pilah.

Sumber gambar : Berita Harian

SEBENARNYA:

Jabatan Perhutanan negeri menafikan akan berlaku kerja pembalakan hutan di Bukit Baginda yang terletak di Serting, Kuala Pilah.

Perkara itu viral di laman sosial Facebook, apabila seorang pengguna mendakwa hutan berkeluasan 380 hektar itu akan musnah berikutan kerja pembalakan yang bakal dijalankan.

Pengarah Perhutanan negeri, Salim Aman berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada sebarang kelulusan atau kerja pembalakan akan dijalankan di kawasan itu.

SUMBER:

Berita Harian

Utusan

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI