Remaja Perempuan Hilang Di Yong Peng, Johor?

TULAR:
869
Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan laporan bahawa seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang  di Yong Peng, Johor sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut PDRM, remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas motosikal ditunggangnya ditemui polis dekat kawasan estet di Yong Peng, Johor disahkan selamat dan berada di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, bapa pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yong Peng itu dalam perjalanan ke ibu negara bagi mengambil anak sulung daripada empat beradik itu.

“Kes ini dianggap selesai dan berdasarkan rekod remaja berkenaan sudah melakukan perbuatan ini untuk kali ketiga dan mengikuti teman lelakinya ke Kuala Lumpur.”

 

 

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI