Pendaftaran Nama Anak Tidak Boleh Melebihi 80 Aksara?

TULAR:
861

PENJELASAN:

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperjelaskan laporan berhubung larangan pendaftaran nama anak yang panjang sehingga melebihi 80 aksara.

Sumber gambar: jpn.gov.my

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melarang ibu bapa mendaftar anak mereka dengan nama yang panjang sehingga melebihi 80 aksara.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Jasri Kasim, berkata 80 aksara itu turut merangkumi nama bapa, bin atau binti serta simbol seperti koma dan sebagainya.

“Ini kerana ruangan nama yang disediakan di borang pendaftaran adalah terhad kepada 80 abjad malah jarak antara perkataan juga dikira sebagai satu abjad.

“Oleh itu kita minta ibu bapa untuk mematuhinya dan untuk rekod nama individu yang paling panjang setakat ini adalah 78 aksara.”

SUMBER:

Facebook Rasmi JPN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI