Peningkatan Ringgit Jejaskan Jumlah Ketibaan Pelancong Asing Di Malaysia?

TULAR:
541

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononya ketibaan pelancong asing di Malaysia akan terjejas kerana peningkatan nilai ringgit.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Tourism Malaysia


SEBENARNYA:

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, jumlah ketibaan pelancong asing di negara ini tidak akan terjejas walaupun ringgit meningkat lebih tinggi kepada paras 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), memandangkan kuasa beli pelancong asing termasuk Singapura masih tinggi iaitu tiga kali ganda, apabila mereka berkunjung ke Malaysia.

“Pelancong suka dengan keadaan cuaca negara kita yang amat baik, pemandangan yang cantik dan makanan, yang menjadikan mereka suka berkunjung kepada negara ini.”

SUMBER :

Bernama

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI