Penjelasan Berhubung Penamatan 30,000 Pekerja Kontrak

TULAR:
158

Menurut kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA):

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh CUEPACS bertarikh 12 Februari 2025 mengenai kebimbangan penamatan kontrak 30,000 kakitangan yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), perlu dijelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat.

Berdasarkan rekod JPA, kelulusan Contract of Service (CoS) di bawah peruntukan OS29000 untuk tahun 2024 bagi kakitangan yang tidak memiliki SPM hanyalah sebanyak 2,037 orang.

Sehingga 13 Februari 2025, JPA telah menerima sebanyak 108 permohonan daripada pelbagai agensi untuk kelonggaran syarat skim perkhidmatan bagi melantik semula pegawai kontrak yang tidak memiliki SPM, susulan daripada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Pelantikan Berdasarkan Keperluan Perkhidmatan sama ada secara tetap atau kontrak dibuat mengikut keperluan perkhidmatan di pelbagai agensi, termasuk di peringkat Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun, dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 (PUA 1/2012), setiap pelantikan perlu memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan yang berkaitan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPA

X Rasmi JPA

Instagram Rasmi JPA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI