Penjelasan Pelajar Tahfiz Hadir Konsert Kepci Muzik Festival

TULAR:
1784

Seorang individu hari ini tampil menjelaskan bahawa kerajaan dan KFC, tidak terlibat sama sekali dengan jemputan dan kehadiran pelajar tahfiz di Kepci Muzik Festival di Shah Alam, bersempena sambutan 50 tahun KFC pada Sabtu lepas.

Andrie Ung Han Xiang yang mengaku bertanggungjawab membawa pelajar tahfiz menghadiri konsert itu, berkata kedua-kedua pihak iaitu KFC dan kerajaan juga tidak diberi sebarang makluman mengenai hal itu.

Menurut Andrie, inisiatif ini sepenuhnya daripada pihak beliau dengan bantuan dan sumbangan dari rakan-rakan, telah berjaya mengumpulkan seramai 700 orang anak yatim dari 22 buah rumah anak yatim seluruh negara.

Ung berkata kanak-kanak yang ditularkan memakai jubah hijau dan berserban putih itu dari Madrasah Watahfiz Al-Quran Rohingya TTDI Jaya. Mereka anak-anak pelarian Rohingya beragama Islam dan hampir tidak tahu untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu.

Sebelum ini, tular video di media sosial yang memaparkan kehadiran pelajar tahfiz menonton konsert itu.

SUMBER:

BERNAMA
Facebook Rasmi Menteri Agama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI