Penjelasan Perkhidmatan Urus Niaga Pembaharuan Cukai Jalan Ditawarkan Oleh BJAK

TULAR:
257

Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia:

JPJ memandang serius terhadap kandungan iklan yang telah dikeluarkan oleh pihak BJAK Sdn. Bhd. (BJAK) melalui laman sesawang bjak.my dan media sosial BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian yang ditawarkan kepada orang awam termasuklah program pemberian cukai jalan secara percuma.

Jabatan ini ingin memaklumkan dan menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mahupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah memberikan kelulusan kepada pihak BJAK untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.

Pihak JPJ juga ingin memaklumkan bahawa terdapat kenyataan yang telah dipaparkan oleh pihak BJAK melalui laman sesawang mereka iaitu “Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ” adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ

Instagram Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI