Penjelasan Rasional Logo Malaysia Madani

TULAR:
3651

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO):

Malaysia Madani merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia Madani bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban. Kerangka Malaysia Madani menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

Jalur
Lima jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia.

Bulatan
Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat.

Bulan Sabit
Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Bintang
Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Warna Biru
Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan.

Warna Merah
Keberanian, jatidiri dan keazaman.

Warna Kuning
Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan.

Warna Putih
Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni.

Ralat (23 Ogos 2023): Artikel dikemaskini dengan pertukaran imej.

SUMBER:

Laman Rasmi PMO


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI