Penyembelihan Ayam Tidak Mengikut Syariat Di Sebuah Premis Di Kuantan?

TULAR:
420
Gambar hiasan : Sumber : JAKIM

PENJELASAN :

Pejabat Agama Islam Kuantan memperjelaskan berhubung sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina sedang melakukan penyembelihan ayam di sebuah premis perniagaan di Kuantan sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, video tersebut adalah merupakan proses penyembelihan di sebuah premis bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Oleh itu, premis tersebut tidak terikat dengan mana-mana piawaian halal dan tiada sebarang tindakan berkaitan halal boleh dikenakan kepada premis tersebut selama tiada sebarang penyalahgunaan perakuan atau penandaan halal dibuat.

Jualan ayam itu juga adalah bertumpu di pasar pagi di kawasan tersebut sahaja yang mana majoriti peniaga dan pelanggannya adalah berbangsa Cina.

SUMBER : 

Facebook Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI