Waspada Penipuan Pinjaman Bank?

TULAR:
789

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan jangan mudah mempercayai mana-mana iklan yang dipaparkan sama ada menggunakan poster/kain rentang yang ditampal di tempat awam, risalah yang diedarkan di peti pos rumah/ kenderaan atau SMS yang bertujuan menawarkan pinjaman palsu menggunakan nama dan logo bank-bank tempatan dalam negara

Sumber gambar : PDRM

Menurut PDRM, sindiket ini akan mensasarkan golongan yang terdesak mahukan pinjaman peribadi segera.

Antara modus operandi yang digunakan adalah suspek akan mengiklankan tawaran pinjaman wang dalam pelbagai cara yang mudah/cepat kononnya dari bank-bank tempatan bertujuan untuk mengaburi mata mangsa.

SUMBER : 

Facebook Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI