FELDA Perlu Membayar RM2 Billion Untuk Milik Semula Tanah Di Jalan Semarak?

TULAR:
461

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini perlu membayar bayar sebanyak RM2 bilion untuk memiliki semula tanah strategik di Jalan Semarak yang ditukar hak milik menerusi transaksi meragukan.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menurut Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, beliau mengesan berita palsu yang mengatakan bahawa FELDA perlu membayar sebanyak RM2 bilion untuk memiliki semula tanah di Jalan Semarak itu apabila terdapat pihak yang menghubunginya bagi meminta penjelasan.

“Mana ada kita cakap FELDA kena bayar RM2 bilion untuk dapatkan kembali tanah itu, semuanya mengarut…. hentikanlah.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI