Makanan Di Restoran McDonald’s Syubhah Dan Tidak Halal?

TULAR:
7249

PENJELASAN:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan bahawa makanan di restoran McDonald’s penuh syubhah dan tidak halal sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Bahagian Hab Halal JAKIM dalam kenyataannya memaklumkan, Mcdonald’s Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Pensijilan halal ini hanya diberi pada Mcdonald’s Malaysia sahaja dan tidak melibatkan premis makanannya yang berada di luar negara.

Selain itu, pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi jenama produk dan premis makanan yang mempunyai rangkaiannya di kebanyakan negara adalah berbeza.

Bahan mentah yang dibawa dari luar juga perlu mempunyai pengiktirafan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Perlu diketahui, proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

SUMBER:

Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI