Anggota Keluarga Yang Mengerjakan Ibadah Umrah Dijangkiti Penyakit MERS-CoV?

TULAR:
391

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat anggota keluarga seorang wanita yang menerima rawatan di Hospital Putrajaya disyaki dijangkiti penyakit MERS-CoV.

Sumber gambar: Twitter. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk kepada paparan di ruangan Twitter oleh seorang wanita mengenai anggota keluarganya yang menerima rawatan di Hospital Putrajaya kerana disyaki dijangkiti penyakit MERS-CoV. Untuk makluman, ujian makmal yang dijalankan ke atas sampel milik pesakit tersebut didapati negatif bagi jangkitan MERS-CoV.

Pemantauan yang berterusan oleh pihak KKM, bermula penghujung 2012 sehingga kini merekodkan lebih dari 3,000 orang dalam kalangan jemaah haji / umrah dan pelawat yang melawat negara dijangkiti telah menunjukkan gejala MERS-CoV. Namun begitu, ujian MERS-CoV yang dijalankan ke atas mereka kesemuanya didapati negatif kecuali kes yang pernah dilaporkan pada April 2014 melibatkan seorang lelaki berumur lingkungan lima puluhan yang baru pulang dari mengerjakan umrah.

SUMBER:

Ketua Pengarah Kesihatan

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI