Sindiket Jual Telefon Pintar Murah Atas Talian?

TULAR:
453

WASPADA :

Orang ramai diminta berwaspada dengan tawaran penjualan harga telefon pintar murah yang ditawarkan menerusi atas talian oleh penjual.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Pexels

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Azizan Abdullah, berkata pengguna tertarik dengan harga murah yang ditawarkan menerusi atas talian, sebelum meneruskan pembelian dengan menghubungi penjual.

Menurut beliau, masalah bermula sebaik pembeli memasukkan duit ke akaun penjual kerana barangan tidak tiba, atau tidak sama dengan yang dipaparkan.

Beliau berkata, “Saya berharap pengguna menyimpan maklumat urus niaga supaya tindakan mudah diambil jika berlaku sebarang penipuan”.

Maklumat yang penting termasuk nama peniaga, nombor pendaftaran perniagaan, nombor telefon, keterangan barang atau perkhidmatan, harga, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa barangan sampai kepada pembeli.

 

SUMBER: 

Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI