PENJELASAN :
Jabatan Perikanan memperjelaskan dakwaan bahawa permohonan nelayan di seluruh negara bagi mendapatkan lesen sampan kini dibekukan tanpa sebab-sebab yang munasabah, sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Mohd Munir Nawi, kira-kira 5,000 permohonan nelayan di seluruh negara bagi mendapatkan lesen sampan dibekukan kerana sumber perikanan perairan negara semakin menurun berikutan beberapa faktor termasuk perubahan cuaca dan pembangunan yang tidak terkawal.
Menurutnya, pembekuan lesen itu meliputi kawasan Zon A, Zon B dan Zon C kecuali Zon C2 iaitu laut dalam bagi memastikan setiap permohonan lesen baharu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak. Walaubagaimanapun, katanya, pembekuan itu tidak bermakna permohonan itu ditolak ataupun dibatalkan namun akan dipertimbangkan seadil serta sewajarnya mengikut dasar Jabatan Perikanan berdasarkan jumlah sumber perikanan negara.
“Kita hadkan pengeluarannya kerana sumber kita menurun, sebab itu kita membekukan pengeluaran lesen di zon itu kecuali Zon C2 iaitu laut dalam.”
SUMBER :