Perodua Anjur Kempen 15 Buah Perodua MYVi Untuk Dimenangi?

TULAR:
762

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Perodua ada menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu kepada pemenang bertuah untuk sempena ulang tahun syarikat berkenaan.

Sumber gambar : Facebook.

SEBENARNYA :

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menafikan ia menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu, seperti catatan di akaun Facebook ‘Perodua Malaysia Company’.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Zahari Husin berkata, PERODUA sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook terbabit.

Saluran rasmi PERODUA ialah laman ‘MYPerodua’ di Facebook, laman web rasmi (www.perodua.com.my), akaun Instagram (MYPerodua_instagram) dan laman web khusus untuk pelanggan yang setia (www.ufirst.com.my).

SUMBER :

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI