Kerajaan Negeri Kedah Lulus Projek Konsortium Asia Petrohub?

TULAR:
928

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa kerajaan negeri Kedah telah memberi kelulusan kepada Konsortium Asia Petrohub yang kononnya bakal melaksanakan projek penambakan tanah dan pembinaan kemudahan penapisan minyak di Yan, Jerai.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA :

Kerajaan negeri Kedah menafikan telah memberi kelulusan kepada Konsortium Asia Petrohub untuk me­laksanakan projek penambakan tanah dan pembinaan kemudahan penapisan minyak bernilai lebih RM89 bilion di Yan, Jerai.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pihaknya juga tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada konsortium terbabit untuk menggunakan nama, logo mahupun lambang berkaitan kerajaan negeri atau anak syarikat kerajaan negeri.


SUMBER : 

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI