Datuk Amar Douglas Unggah Dilantik Sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak?

TULAR:
561

PALSU :

Tular di sosial media dakwaan bahawa Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik sebagai Pemangku Ketua Menteri Sarawak berikutan kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari 2017 yang lalu akibat komplikasi jantung.

Gambar hiasan. Sumber : Google


SEBENARNYA :

Penyebaran maklumat menerusi aplikasi WhatsApp bahawa Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Unggah Embas dilantik sebagai Pemangku Ketua Menteri Sarawak adalah tidak benar.

Jurucakap Jabatan Ketua Menteri berkata, berdasarkan pemeriksaan beliau dengan Astana Negeri, maklumat itu adalah palsu.

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI